Pengenalan
Diploma Agroteknologi dibangunkan bertujuan melahirkan modal insan terlatih dalam bidang teknologi pertanian bagi memenuhi permintaan dasar-dasar negara.Program ini menerapkan pengajaran dan pembelajaran dalam bidang agroteknologi merangkumi aspek teoritikal dan praktikal yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Struktur program memberi tumpuan kepada proses pembelajaran sepanjang hanyat yang diterapkan dalam aspek pengeluaran makanan, ICT, automasi dan mekanisasi, bioteknologi, teknologi pengeluaran, tanaman industri, industri pertanian, teknologi lepas tuai, kemampanan pertanian, perlindungan tanaman dan pengurusan, pertanian jitu dan perladangan organik. Pelajar juga turut mengendali dan menguruskan projek agro dan praktikal yang melibatkan peringkat penanaman, penuaian dan pemasaran menerusi aktiviti sepanjang tempoh pengajian.
Kandungan program ini turut disokong dengan beberapa kursus umum yang terdiri daripada Matematik Pertanian, Sains Tanah, Biologi, Kimia Pertanian, Bahasa Inggeris Komunikasi, Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam, Nilai Masyarakat, Teknologi Hijau, Pengurusan Projek dan Keusahawanan. Para pelajar juga akan menjalani latihan industri di ladang pertanian, institut penyelidikan kerajaan dan industri yang berkaitan untuk mendapatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman tambahan. Ini akan menyediakan asas yang kukuh dalam aspek pengetahuan, kemahiran teknikal dan komunikasi yang membolehkan pelajar menyesuaikan diri serta mengaplikasikan teknologi baharu dan mampu berdaya saing dengan cabaran semasa.
Prospek Kerjaya:
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang agroteknologi yang dapat digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam bidang pertanian, bioteknologi, automasi dan mekanisasi. Pengetahuan dan kemahiran yang pelajar perolehi daripada program ini akan membolehkan mereka untuk mengambil bahagian dalam industri sebagai:
Ditawarkan di:-
Politeknik Jeli
Politeknik Sandakan

- Juruteknologi Makmal (Kultur Tisu)
- Usahawan Agro Bioteknologi
- Pengurus/Pengurus Cawangan (Pengurusan Ladang)
- Penolong Pegawai Pertanian
- Penolong Projek
- Pembantu Jualan bidang agro bioteknologi
- Pakar Teknikal
- Pembantu Penyelidik
- Pembantu Alam Sekitar
- Pegawai Kawalan Kualiti
- Pembantu Juruteknik Pemprosesan Makanan Industri
- Kadet Ladang
- Penolong Pegawai Sains
Ditawarkan di:-
Politeknik Jeli
Politeknik Sandakan