Pengenalan
Program Diploma Perkhidmatan Makanan Amalan Halal memperkenalkan pelajar kepada amalan halal dalam industry perkhidmatan makanan. Ia menyediakan pemahaman yang luas serta kompetensi yang diperlukan dalam industry perkhidmatan makanan halal seperti profesionalisma dan perkhidmatan pelanggan, pengetahuan asas makanan halal dan industry makanan, standard halal, sanitasi di dalam perkhidmatan makanan, nutrisi, teori makanan, asas masakan timur dan barat, penyajian makanan dan minuman, perancangan menu, penyediaan roti dan pastri, undang-undang makanan dan aspek undang-undang, operasi perkhidmatan makanan komersil, pengurusan acara, kawalan kos makanan dan minuman dan pengurusan sumber manusia. Amalan hospitality mesra muslim dan rekabentuk susun atur kemudahan perkhidmatan makanan juga diterapkan di dalam program ini. Ia menggabungkan amali dan pembelajaran melalui pengalaman. Pelajar akan menjalani enam bulan latihan industriyang berstruktur untuk memperolehi kemahiran dan pengalaman di tempat kerja dan pendidikan akademik yang berkaitan supaya mereka memasuki alam pekerjaan dengan penuh dedikasi setelah tamat pengajian.
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran penyeliaan atau pengurusan dalam industry perkhidmatan makanan halal. Mereka mempunyai peluang kerjaya dalam bidang pengeluaran makanan halal, perkhidmatan makanan halal atau pengeluaran makanan halal seperti:
Ditawarkan di:-
Politeknik Merlimau
Politeknik Sultan Idris Shah
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Politeknik Metro Kuantan
Prospek Kerjaya
Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran penyeliaan atau pengurusan dalam industry perkhidmatan makanan halal. Mereka mempunyai peluang kerjaya dalam bidang pengeluaran makanan halal, perkhidmatan makanan halal atau pengeluaran makanan halal seperti:
- Penyelia Makanan dan Minuman
- Penyelia Restoran
- Eksekutif Halal (Muslim Sahaja)
- Usahawan
- Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C27
- Pegawai Kualiti Makanan
- Pegawai Jaminan Kualiti Makanan
- Penyelia Penjualan Makanan
Ditawarkan di:-
Politeknik Merlimau
Politeknik Sultan Idris Shah
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Politeknik Metro Kuantan