PENGENALAN
JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI (JPPKK)
Sejarah sistem pengajian teknikal dan vokasional Negara bermula dengan penubuhan Sekolah Teknik Treacher di Kuala Lumpur untuk melatih juruteknik bagi Jabatan Keretapi dan Jabatan Kerja Raya pada tahun 1906. Semenjak itu pendidikan teknik dan vokasional Negara telah melalui beberapa fasa perubahan dan perkembangan seiring dengan kemajuan teknologi. Pendidikan teknik dan vokasional semakin berkembang pada tahun 1926 dengan penubuhan Sekolah Ketukangan yang pertama seiring dengan kemajuan teknologi bagi memenuhi keperluan sumber tenaga kerja. Pada tahun 1964 Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia telah ditubuhkan dan dipertanggungjawabkan untuk mempromosikan pendidikan teknikal dan vokasional. Bahagian ini seterusnya telah diberi status jabatan dan dinamakan Jabatan Pendidikan Teknikal (JPTEK) pada tahun 1995. Selain merangka polisi, jabatan baharu ini juga bertanggungjawab menentukan halatuju pendidikan teknikal dan vokasional selaras dengan program pengindustrian dan modenisasi Negara.
Pada bulan Mac 2004, Kementerian Pengajian Tinggi telah ditubuhkan bagi meningkatkan kualiti sistem penyampaian peringkat pengajian tinggi dan seterusnya menubuhkan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Walau bagaimanapun, JPPKK telah distrukturkan semula mulai 16 September 2009 kepada Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK). Pada Mei 2013 Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah bergabung menjadi Kementerian Pendidikan Malaysia. Namun, berikutan rombakan Kabinet Persekutuan pada 28 Julai 2015 (Selasa) menerusi satu sidang media khas oleh YAB Perdana Menteri, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diwujudkan semula dengan rasminya bersesuaian dengan peruntukan Akta yang berkaitan dengan pendidikan tinggi. Kini, dengan diketuai oleh seorang Ketua Pengarah, semua politeknik berpayung di bawah JPP dan meneruskan kesinambungan sistem pendidikan teknik dan vokasional yang berkualiti dan dinamik.
VISI JPPKK
· Menjadi peneraju institusi TVET yang unggul.
To be the leading-edge TVET Institution.
MISI JPPKK
· Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan
diikhtiraf.
To provide wide access to quality and recognised TVET programmes.
· Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat.
To empower communities through lifelong learning.
· Melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.
To develop holistic, entrepreneurial and balanced graduates.
· Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan.
To capitalise on smart partnership with stakeholders.
MATLAMAT PENDIDIKAN POLITEKNIK
Menghasilkan graduan Politeknik yang holistik dan kompeten serta berkemampuan menyumbang kepada pembangunan negara.
(18 September 2017)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
LATAR BELAKANG
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) merupakan satu bahagian di bawah Sektor Pendidikan, Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP), Kementerian Pendidikan Tinggi. BPK berfungsi dalam membangun, menambahbaik dan menilai keberkesanan kurikulum program pengajian politeknik bagi melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang sejajar dengan agenda Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi). BPK bertanggungjawab merancang, mengurus dan melaksana aktiviti berkaitan pembangunan kurikulum program pengajian bidang yang ditawarkan di politeknik.
Bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut, BPK di bahagikan kepada LAPAN (8) unit iaitu:
Unit Kejuruteraan Awam
Unit Kejuruteraan Elektrik
Unit Kejuruteraan Mekanikal
Unit Perdagangan dan Hospitaliti
Unit Rekabentuk dan Komputer
Unit Agriteknologi
Unit Pengajian Umum
Unit Penilaian Kurikulum.
OBJEKTIF BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Merancang, mengurus dan melaksana kurikulum program pengajian politeknik untuk menjana modal insan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.
Merancang, mengurus dan melaksana kurikulum program pengajian politeknik yang bertujuan menghasilkan graduan TVET yang kompeten dan berkualiti bagi memenuhi keperluan pasaran pekerjaan.
FUNGSI PEMBANGUNAN KURIKULUM
1. Merancang Pembangunan Kurikulum Program Pengajian baharu.
2. Merancang semula kurikulum program sedia ada secara berkala.
3. Menyediakan dan mengemaskini norma dan spesifikasi peralatan akademik program pengajian.
4. Merancang program orientasi kurikulum kepada pegawai dan pensyarah Politeknik di pelbagai peringkat perjawatan.
5. Menyediakan bahan sokongan kurikulum bagi program pengajian.
6. Melaksanakan penilaian kurikulum Program Pengajian untuk tujuan pembangunan kurikulum.
7. Mengurus setia Mesyuarat Lembaga Kurikulum Kursus Pengajian dan Program Latihan di Politeknik selaras dengan Akta
Pendidikan1996 (Akta 550).
8. Merancang dan mengurus artikulasi program dan institusi.
REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM :-
Reka bentuk kurikulum pula didefinisikan sebagai satu proses pembinaan peluang pembelajaran yang strategik berasakan kompetensi yang diperlukan bagi membolehkan pelajar mencapai skop dan tahap yang bersesuaian bagi sesuatu disiplin pengajian.
Mengikut prinsip teras kedua yang mendasari OBE, titik permulaan bagi semua rekabentuk kurikulum seharusnya bermula daripada hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh semua pelajar di akhir pembelajaran. Reka bentuk kurikulum program pengajian politeknik direka bentuk berdasarkan pendekatan berikut:
· pembelajaran berasaskan hasil (OBE) yang menjurus kepada pencapaian PEO, PLO dan CLO.
· mematuhi panduan standard program diploma dan kerangka Kelayakan Malaysia.
· pembelajaran berpusatkan pelajar.
· penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengkhususan yang diikuti.
· penguasaan kemahiran softskill dan nilai.
· penggunaan pelbagai keadah pengajaran dan pembelajaran.
· penggunaan pelbagai kaedah pentaksiran.
PROSES PEMBANGUNAN KURIKULUM