Pengenalan
Diploma Hortikultur Landskap direka bagi melahirkan modal insan dari pada bidang landskap hortikultur. Program ini dibentuk untuk menyediakan graduan yang berpengetahuan serta mempunyai kemahiran melalui pengalaman pendidikan bersepadu dalam sub-bidang sains hortikultur, senibina landskap, teknologi jentera beserta pengurusan, teknologi maklumat, keusahawanan dan pembangunan interpersonal. Objektif program ini adalah untuk member pengetahuan serta pendidikan hortikultur landskap pada peringkat separa professional berdasarkan keperluan industri bagi memenuhi keperluan sektor awam dan swasta. Program ini juga dapat melengkapkan para graduan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam Hortikultur Landskap, terutamanya dalam pengurusan dan penyelengaraan landskap daripada peringkat pengeluaran nurseri, sehingga ketapak projek dan seterusnya membantu menyelesaikan isu-isu berkaitan bidang. Program ini juga dapat membantu membina kerjaya mereka dalam sector berkaitan dan pendidikan siswazah serta pembelajaran sepanjang hayat dengan melibatkan pelajar dalam pertandingan-pertandingan kemahiran dan inovasi samada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.Graduan juga akan diberi peluang untuk memiliki sijil kemahiran tambahan yang lain seperti Sijil Kemahiran Akreditasi CIDB Landscape Construction Attendant Level I dan II melalui kursus yang direka di dalam program hortikultur landskap ini. Para graduan berpeluang mendapat pekerjaan dalam beberapa sektor pekerjaan industri hortikultur landskap yang merangkumi sector institusi pendidikan, pusat penyelidikan, sektor kerajaan seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Pertanian, MARDI, FRIM, dan sektor swasta seperti kontraktor landskap, syarikat perunding, kontraktor penyelenggaraan landskap dan usahawan nurseri.
Prospek Kerjaya:
Antara pekerjaan yang berpotensi termasuklah :
Prospek Kerjaya:
Antara pekerjaan yang berpotensi termasuklah :
- Penyelia Tapak
- Perekabentuk Landskap
- Kontraktor Landskap
- Pembantu Teknik
- Pembantu Pelukis Pelan
- Pembantu Pengajar
- Penyelia Nurseri
- Pembantu Ahli Hortikultur
- Arboris
- Pembantu Arboris
- Juruteknnologi Makmal (KulturTisu)
- Penolong Penyelidik
- Pembantu Penyelia Padang Golf
- Penyelia Penyelenggaraan
- Jurufoto