Pengenalan
Diploma Teknologi Kimia (Lemak dan Minyak) dibentuk untuk melahirkan bakal graduan dengan pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman pendidikan bersepadu dalam sub-bidang oleokimia, lemak dan minyak ,dan teknologi kimia serta pengetahuan pengurusan, teknologi maklumat, keusahawanan dan pembangunan interpersonal. Objektif program ini adalah untuk menyediakan pengetahuan lemak dan minyak serta pendidikan oleokimia di peringkat separa professional untuk memenuhi tuntutan kedua-dua sektor awam dan swasta. Matlamat program ini adalah untuk melengkapkan graduan masa depan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam Teknologi Kimia (Lemak dan Minyak), serta kemahiran pengurusan dalam persekitaran perniagaan untuk membina kerjaya mereka dalam sektor berkaitan yang merangkumi keseluruhan spektrum aktiviti komersial dan kerajaan serta pendidikan siswazah dan pembelajaran sepanjang hayat.Setiap kursus yang dibentuk adalah mengikut kehendak industri dimana graduan yang dilahirkan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri.Program ini direka dan ditanda aras dengan badan-badan profesional yang berkaitan di Malaysia, iaitu Institut Kimia Malaysia (IKM), Persatuan Saintis Oil Malaysia dan Teknologis (Mosta) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).Para graduan berpeluang untuk mendapat pekerjaan dalam beberapa sektor pekerjaan seperti institusi pendidikan, pusat penyelidikan, sektor kerajaan contohnya Jabatan Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pertanian, dan sektor swasta seperti industri makanan, industri oleokimia, industri pemprosesan minyak ,industri pembungkusan dan syarikat bioteknologi.
Prospek Kerjaya
Ditawarkan di:-
Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail

- Penolong Pegawai Pemprosesan Oleokimia (Lemak Dan Minyak)
- Penolong Pegawai Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D)
- Penyelia Kosmetik Dan Kelengkapan Peribadi (Toiletries)
- Penolong Pegawai Penyelidik (Research Assistant)
- Juruteknik Dalam Pemprosesan Dan Unit Operasi
- Penolong Juteran Pelaksanaan (Procurement)
- Penyelia Jaminan Kualiti (Quality Assurance)
- Penolong Pegawai Kawalan Mutu Makanan
- Penolong KawalanKualiti (Quality Control)
- Penolong Analisis Makanan
- Penolong Jurutera Projek
- PenolongFarmaseutikal
- Eksekutif Pengeluaran
- Penyelia Makmal
- Usahawan
- Pemasaran
Ditawarkan di:-
Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail