Pengenalan
Program Diploma Kewangan dan Perbankan dibangunkan bagi memperkenalkan kepada pelajar prinsip kewangan dan perbankan serta serta memahami peranan kewangan dan perbankan dalam persekitaran perniagaan dan ekonomi pada masa kini. Pelajar akan menjalani enam semester pengajian termasuk 1 semester (6 bulan) latihan industri. Program ini dibangunkan dengan mengmbilkira pandangan industri dari segi konsep dan teori yang relevan dalam bidang kewangan, perniagaan, pelaburan, perbankan, insurans dan pembiayaan perdagangan kepada pelajar dalam senario perbankan semasa. Di akhir program ini, pelajar akan dapat meneroka dan memperluaskan pengetahuan baru dalam bidang perbankan dan kewangan.
Prospek Kerjaya
- Penolong Pegawai Bank
- Broker Saham / Remiser
- Pegawai Eksekutif Jualan
- Penolong Eksekutif Akaun
- Penolong Perunding Kewangan
- Pegawai Kredit
- Pegawai Khidmat Pelanggan
- Pegawai Perunding Kredit
- Usahawan
Ditawarkan di:-
Politeknik Ungku Omar (Politeknik Premier)
Politeknik Metro Betong