Pengenalan
Program Diploma Insurans dirumuskan untuk menghasilkan graduan yang berkelayakan untuk memenuhi keperluan tenaga kerja yang terlatih dalam industri insurans. Ia mempunyai beberapa tahap kesukaran yang menjadikannya satu pengetahuan yang tidak ternilai bagi pelajar yang memilih program ini. Program ini menawarkan kursus-kursus yang meliputi amalan insurans yang penting, jenis-jenis perlindungan insurans, aspek undang-undang insurans, insurans peribadi dan komersial, pengunderaitan dan pengendalian tuntutan, pengurusan risiko dan pelaburan. Selain kursus berkaitan insurans, program ini juga turut menawarkan kursus-kursus seperti perakaunan, ekonomi, statistik, keusahawanan dan latihan industri untuk menyediakan pelajar kepada dunia perniagaan. Program ini mengintegrasikan kesemua aktiviti perniagaan dan teknologi maklumat yang diperlukan dalam membangunkan perniagaan insurans yang efektif. Pelajar yang mengikuti program ini akan memperolehi manfaat daripada prospek pekerjaan yang meluas selain daripada mempunyai peluang untuk menggunakan kemahiran keusahawanan dengan memulakan perniagaan yang berkaitan dengan insurans.
Prospek Kerjaya
Graduan program tiga tahun ini akan memulakan kerjaya di pasaran kerja sebagai:
Ditawarkan di:-
Politeknik Kota Bharu
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Politeknik Premier)
Prospek Kerjaya
Graduan program tiga tahun ini akan memulakan kerjaya di pasaran kerja sebagai:
- Pembantu Pegawai Pengunderaitan
- Pembantu Pegawai Tuntutan Insuran
- Penyelaras Kerugian
- Penganalisa Risiko
- Pembantu Insurans Dalaman
- Pembantu Pengurusan Risiko
- Perunding Kewangan
- Pembantu Pegawai Tadbir
- Pembantu Pegawai Pengawasan dan Pematuhan
Ditawarkan di:-
Politeknik Kota Bharu
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Politeknik Premier)