UNIT PENILAIAN KURIKULUM
Unit Penilaian Kurikulum berfungsi sebagai penilaian mengenai sistem pendidikan di dalam kurikulum untuk membina pembelajaran yang strategik berasakan kompetensi yang diperlukan bagi membolehkan pelajar mencapai skop dan tahap yang bersesuaian bagi sesuatu disiplin pengajian. Unit ini dipertanggungjawabkan kepada Dr. Noreen Binti Kamarudin, Puan Hainani Binti Chik, Encik Wan Izdiharudin Bin Wan Ishak dan Puan Siti Ruqayyah As-Sadiq Binti Abdul Rahim. Tugas unit Penilaian Kurikulum adalah menjaga kualiti dan proses kerja penilaian dan mengekalkan aspek kualiti program kurikulum yang relevan untuk mencapai hasil yang memuaskan. Reka bentuk kurikulum program pengajian politeknik direka bentuk berdasarkan perancangan, penggubalan, verifikasi, validasi dan penilaian.Penilaian juga perlu memastikan program yang dijalankan dikemaskini mengikut kehendak industri luar dan pelajar.
Tugas sampingan Unit Penilaian:-
(i) Learning Express
(ii) CDIO (Conceive Design Implement Operate)
(iii) ICGPA (Integrated Cumulative Grade Point Average)
Inovasi Kurikulum
Menambahbaikan nilai di dalam sesuatu sistem pembelajaran untuk mewujudkan satu aspek yang berkualiti di dalam bahagian kurikulum. CDIO (Conceive Design Implement Operate) merupakan tugas sampingan yang dijalankan dalam pembelajaran yang diwujudkan untuk satu konsep dalam bahagian penilaian kurikulum. Unit ini juga merupakan penyokong teras di dalam bahagian pembangunan kurikulum.
CDIO
Program yang melaksanakan CDIO Integrated Curriculum:-
CDIO Integrated Curriculum dilaksanakan bagi memberi peluang kepada pelajar menghubungkaitkan pelbagai kursus yang mereka pelajari dengan situasi sebenar di industri dan menyelesaikan masalah beban kerja berat yang terpaksa ditanggung oleh pelajar politeknik apabila mereka terpaksa mengambil pelbagai kursus dalam satu-satu semester.
Dengan melaksanakan Integrative Learning Experience (ILE - Std 7 CDIO) berasakan rangka CDIO, pelajar melaksanakan suatu projek yang melibatkan penilaian dari beberapa kursus di dalam program yang sama. Penilaian projek dilaksanakan mengikut CLO dan AST sedia ada kursus-kursus tersebut.
Kebaikan CDIO Integrated Curriculum:
(i) Pensyarah dari program yang sama (atau berlainan) dapat bekerjasama (bukan bekerja secara solo) menghasilkan projek yang berasaskan keperluan sebenar industri (mahupun masyarakat).
(ii) Pelajar tidak perlu membuang masa membuat tugasan yang pelbagai dan tidak berkait antara satu sama lain.
Kajian Kurikulum
Fasa ini adalah bertujuan mengkaji dan menilai semula program yang dibentuk mengikut perkembangan yang seiring dengan industri dan pelajar. Setelah membentuk program sistem pembelajaran yang sejajar dengan peredaran teknologi, ia perlu diukur tahap keberkesanan sesuatu program untuk memastikan kejayaan program yang dijalankan. Program ini juga perlu dikemaskini mengikut tahap yang meyakinkan untuk semua pihak terutama industri dan pelajar.
i: Mengenalpasti dan menerapkan kehendak profesional/ keperluan industri/ piawaian kemahiran pekerjaan bagi memberi nilai tambah kepada program pengajian politeknik dan kolej komuniti.
ii: Menjalankan proses penilaian keberkesanan kurikulum untuk tujuan pembangunan, semak semula dan penambahbaikan kurikulum mengikut keperluan MQA serta akreditasi profesional peringkat antarabangsa.
iii: Melaksanakan triangulasi terhadap maklumbalas kurikulum daripada pemegang taruh (pensyarah, pelajar, industri, alumni) bagi tujuan penambahbaikan kurikulum.
iv: Menerapkan ilmu kemanusiaan dalam kurikulum dan memantau pelaksanaan graduan yang holistik bersesuaian dengan keperluan pemegang taruh.