Pengenalan
Program pengajian Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan tingkah lakuyang diperlukan dalam bidang kejuruteraan alam sekitar. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pengajian ini dijalankan di kampus dan di tapak kajian berkaitan dengan skop kerja di dalam penjagaan dan pemuliharaanalam sekitaryangmerangkumi aspek punca dan kesan pencemaran, kaedah mengenal pasti punca dan teknik pemuliharaan, kajian dan eksperimen, undang-undang dan peraturan pihak autoriti, kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, kesejahtaraan kehidupan manusia serta penjagaan kualiti alam sekitar.Kursus-kursus yang ditawarkan berupaya mempersiapkan pelajar untuk memenuhi pasaran kerja dalam pelbagai laluan dalam bidang sains dan teknologi berkaitan kejuruteraan alam sekitar seperti pemprosesan air mentah dan pembekalan air bersih, pemprosesan air sisa, pengurusan bahan buangan sisa pepejal, kitar semula bahan sisa buangan dan kajian masalah pencemaran air, udara dan kebisingan. Kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar supaya mereka dapat berkomunikasi, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan dengan penuh bertanggungjawab dan berkesan.Segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar amat berguna untuk membina kerjaya ataupun melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang kejuruteraan alam sekitar.
Prospek Kerjaya:
Peluang pekerjaan pelajar selepas menamatkan pengajian dengan Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar adalah seperti berikut:
Ditawarkan di:-
Politeknik Sultan Idris Shah
Prospek Kerjaya:
Peluang pekerjaan pelajar selepas menamatkan pengajian dengan Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar adalah seperti berikut:
- Penolong Pegawai Alam Sekitar
- Penolong Pegawai Kesihatandan Keselamatan
- Penolong Pegawai Kawalan Kualiti Alam Sekitar
- Pembantu Teknik
- Penyelia Tapak
- Juruteknik Makmal
- Penolong Penyelidik
- Kontraktor Kebersihan Kawasan
Ditawarkan di:-
Politeknik Sultan Idris Shah