Pengenalan
Program Diploma Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Hijau) direka untuk meliputi disiplin kejuruteraan elektrik, dengan penekanan pada bidang tenaga hijau. Asas elektrik dan elektronik yang merangkumi prinsip-prinsip elektrik dan elektronik, asas dan pengaturcaraan komputer, peranti semikonduktor, pendawaian elektrik, sistem kuasa dan reka bentuk dibantu komputer memberikan kepelbagaian kepada graduan. Menjelang akhir program, pelajar dilengkapi dengan kursus pengkhususan yang merangkumi Asas Tenaga Hijau, Sistem Tenaga Hijau, Kecekapan Tenaga dan Pengurusan dan Integrasi Sistem Tenaga Hijau.
Selain pengetahuan dan kemahiran teknikal, program ini juga memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu pelajar secara bersepadu dan holistik melalui kursus-kursus seperti Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Islam, Nilai Masyarakat Malaysia, Ko-kurikulum dan Keusahawanan.
Prospek Kerjaya:
Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:
Ditawarkan di:-
Politeknik Port Dickson

- Pegawai Tenaga
- Penolong Juruaudit Tenaga
- Juruteknik Tenaga
- Penolong Jurutera Tenaga
- Penyelia Kejuruteraan Elektrik
- Penasihat Perkhidmatan Kejuruteraan Elektrik
- Penolong Jurutera
- Juruteknik elektrik
- Wind Turbine Technician
- Solar Installer
- Clean Car Engineer
- Sustainable Builder
- Sustainability Professional
Ditawarkan di:-
Politeknik Port Dickson