Pengenalan
Program pengajian Diploma Kejuruteraan Perkhidmatan Bangunan direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan tingkah laku yang diperlukan dalam bidang operasi dan penyenggaraan perkhidmatan bangunan. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pengajian ini dijalankan di kampus, studio dan industri berkaitan yang meliputi skop kerja dalam mengenali rekabentuk sistem, memastikan kerja pengoperasian dan penyenggaraan bangunan berjalan lancar bagi memenuhi kehendak industri dan pelanggan.Program pengajian ini menggabungkan disiplin berkaitan dengan kerja binaan infrastruktur bangunan, sistem elektrik kuasa dan sistem loji mekanikal dan penyenggaraan persekitaran merangkumi aspek kawalan suhu bilik, pengedaran udara, penyejuk dingin udara dan aras pencahayaan yang betul, keselesaan ruang bertugas, keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta pengurusan aset dan fasiliti secara berkesan. Kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar supaya mereka dapat berkomunikasi, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan dengan penuh bertanggungjawab dan berkesan.
Prospek Kerjaya:
Ditawarkan di:-
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah
Politeknik Kuching Sarawak
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Politeknik Premier)
Politeknik Sultan Azlan Shah
Prospek Kerjaya:
- Penolong Jurutera
- Penolong Pengurus Fasiliti
- Pembantu Teknik
- Penyelia Penyenggaraan
- Juruteknik Makmal / Bengkel
- Pembantu Penyelidikan
- Perunding Kemudahan dan Perkhidmatan Bangunan
- Kontraktor Penyenggaraan Bangunan
Ditawarkan di:-
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah
Politeknik Kuching Sarawak
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Politeknik Premier)
Politeknik Sultan Azlan Shah