Pengenalan
Program pengajian Diploma Perancang Bandar dan Wilayah direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan tingkah laku yang diperlukan dalam bidang perancangan bandar dan wilayah. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pengajian ini dijalankan di kampus, studio dan industri berkaitan dengan skop kerja dalam merancang pembangunan bandar dan wilayah supaya teratur dan maju.Program pengajian inimendedahkan pelajar kepada aspek asas pengetahuan dalam merancang pembangunan sesebuah bandar, wilayah dan luar bandar, pelan struktur, penzonan kategori kawasan pembangunan,perancangan fizikal pusat bandar, perumahan, komersial, perindustrian, landskap, rekreasi dan pelancongan serta pengangkutan.
Segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar amat berguna untuk membina kerjaya ataupun melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang perancang bandar dan wilayah.
Prospek Kerjaya:
Peluang pekerjaan pelajar selepas menamatkan pengajian dengan Diploma Peracang Bandar dan Wilayah adalah seperti berikut:
Ditawarkan di:-
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah

- Penolong Pegawai Perancang Bandar
- Pembantu Teknik Perancang Bandar
- Pembantu Teknik Landskap
- Settlement Officer (SO)
Ditawarkan di:-
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah