Pengenalan
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Tekstil) merupakan satu-satunya program mekanikal yang dibangunkan menjurus kepada bidang kerjuruteraan tekstil. Dengan tempoh pembelajaran selama enam semester, kursus -kursus berkaitan teori asas kejuruteraan dengan pendedahan terhadap latihan praktikal diberikan oleh pensyarah yang berkepakaran dalam bidang untuk membantu pelajar sentiasa memahami konsep utama mekanikal tekstil melalui pelbagai kaedah pembelajaran terkini. Struktur utama kursus yang ditawarkan dalam program ini adalah tertumpu kepada aspek utama Kejuruteraan Mekanikal secara amnya dan kejuruteraan tekstil secara khusus. Program ini juga membolehkan pelajar mendalami pelbagai peringkat pemprosesan tekstil yang bermula dari teknologi serat, hingga teknik penghasilan fabrik yang merupakan pengetahuan asas teknologi tekstil kepada pelajar.Selain itu, rekabentuk struktur fabrik, pewarnaan, kemasan tekstil, pengujian tekstil serta teknologi hijau dalam pemprosesan tekstil juga diberikan penekanan agar melengkapi keperluan industri secara mampan.
Prospek Kerjaya
Ditawarkan di:
Politeknik Seberang Perai
Prospek Kerjaya
- Penyelia kawalan kualiti tekstil
- Penyelia teknikal tekstil
- Penyelidik sains tekstil
- Juruteknik makmal dan mesin tekstil
- Ahli kimia tekstil
- Usahawan digital tekstil
- Penolong jurutera
- Teknokrat tekstil
Ditawarkan di:
Politeknik Seberang Perai