Pengenalan
Diploma Sains Kesetiausahaan membangunkan keupayaan pelajar untuk menghasil dan menguruskan dokumen pejabat dengan sewajarnya, mencipta pembentangan atau cadangan, mengurus teknologi maklumat, menganjurkan acara dan pada masa yang sama menggambarkan personaliti yang menyenangkan. Program ini akan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan professional setiausaha dan membantu pelajar menjadi pekerja separuh profesional di sector swasta dan awam. Oleh itu, program ini telah direka dengan kemahiran yang tidak ternilai untuk mempersiapkan para pelajar menghadapi persekitaran kerja yang mencabar. Ia merangkumi pelbagai bidang pengetahuan dan kemahiran seperti Kemahiran Menaip Pantas, Pemprosesan Dokumen, Shorthand, Trengkas, Pentadbiran Pejabat, Perisian Aplikasi Pejabat, Pembangunan Keperibadian, Pengurusan Acara dan Perakaunan Perniagaan. Program Sains Kesetiausahaa nmelengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kebolehan yang diperlukan untuk membantu dalam pelbagai kerja pentadbiran dalam mana-mana organisasi atau industri.
Prospek Kerjaya
Ditawarkan di:-
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
Politeknik Port Dickson
Politeknik Sultan Idris Shah
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Politeknik Mukah Sarawak
Politeknik Mersing
Prospek Kerjaya
- Setiausaha
- Pembantu Peribadi
- Eksekutif Pentadbiran
- Koordinator Acara
- Eksekutif Sumber Manusia
- Eksekutif Perhubungan Awam
- Usahawan
Ditawarkan di:-
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
Politeknik Port Dickson
Politeknik Sultan Idris Shah
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Politeknik Mukah Sarawak
Politeknik Mersing