Pengenalan
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKANAN PENGURUSAN HALAL telah dibangunkan untuk melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi makanan dan pengurusan Halal dalam usaha untuk memenuhi peningkatan permintaan di industri Halal, sektor kerajaan dan juga untuk menjadi usahawan dalam bidang industri makanan Halal. Struktur program member tumpuan kepada Pemprosesan Makanan, Sains Makanan, Kawalan Mutu Makanan, Analisis Makanan, Mikrobiologi Makanan, Prinsip & Amalan Halal, Sistem Pengurusan Halal, Audit Halal, Pensijilan Halal, Keperluan Perundangan Halal dan kursus elektif.Graduan juga akan memiliki Sijil Eksekutif Halal yang diiktiraf JAKIM.
Prospek Kerjaya
Para graduan berpeluang untuk mendapat pekerjaan dalam beberapa sektor pekerjaan seperti institusi pendidikan, industri makanan, syarikat-syarikat bioteknologi, pusat penyelidikan, sektor kerajaan contohnya Jabatan Agama Islam Negeri, JAKIM, Jabatan Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pertanian, MARDI, FAMA, MPOB, SIRIM, Jabatan Sumber Manusia dan sektor swasta seperti industri makanan, rangkaian makanan segera, hotel, restoran, industrioleo kimia, industri pengeluaran dan industri pembungkusan. Pekerjaan yang berpotensi termasuklah:
Ditawarkan di:-
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah

- Penolong Pengurus/Eksekutif Pengeluaran
- Ahli Jawatankuasa Halal
- Auditor/Penolong Auditor Halal
- Instruktor/Jurulatih Kursus Halal
- Eksekutif Halal
- Koordinator Halal
- Penolong Pengurus/Eksekutif Kawalan Kualiti
- Penolong Pengurus/Eksekutif/Penyelia Jaminan Mutu
- Ketua Auditor/Auditor/Auditor Dalaman QMS
- Penolong Penganalisa/Teknologi Makanan
- Penolong Pegawai Penyelidik
- Usahawan
- Penolong Pengurus/Eksekutif Operasi
- Pengurus/Penolong Pengurus/ Eksekutif Restoran/Outlet Manager
Ditawarkan di:-
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah