Pengenalan
Diploma Bioteknologi adalah suatu bidang yang mengaplikasikan teknologi bagi mengubah sIstem biologi untuk menghasilkan system atau proses baru bagi kegunaan khusus. Selaras dengan jangkaan pada tahun 2020 di mana sector Bioteknologi memerlukan 160,000 tenaga kerja dan menyumbang kepada 5% kepada GDP negara, maka program ini dibangunkan untuk memenuhi permintaan pelajar yang bercita-cita untuk melibatkan diri dalam bidang bioteknologi. Kandungan teras program ini terdiri daripada beberapa kursus seperti Matematik, Biologi, Biokimia, Kimia, Mikro biologi dan Teknik dan Pengurusan Makmal. Kursus disiplin yang ditawarkan pula seperti Genetik, Enzimologi, Teknologi Sel dan Tisu Kultur, Teknologi Teknik DNA Rekombinan, Teknologi Bioproses dan Instrumentasi Bioteknologi akan meningkatkan pengetahuan pelajar dan kemahiran dalam Bioteknologi.
Kursus elektif juga ditawarkan untuk member pengetahuan kepada pelajar seiring dengan bidang bioteknologi seperti Bioteknologi Alam Sekitar, Bioteknologi Makanan dan Agrobioteknologi. Gaya pembelajaran program ini direka untuk menggalakkan pelajar berkomunikasi dengan berkesan, membina sikap positif serta nilai-nilai dan profesionalisme, bersikap lebih bertanggungjawab dan beretika terhadap rakan-rakan, pelanggan, majikan dan masyarakat.Mereka juga mampu untuk melaksanakan tugas-tugas dan menyelesaikan masalah dalam penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran melalui asimilasi kemahiran pemikiran kritikal, analitikal dan teknikal.
Prospek Kerjaya
Para graduan boleh mendapat pekerjaan dalam pelbagai tempat kerja seperti institusi pendidikan, syarikat-syarikat farmaseutikal, industry makanan, hospital, syarikat bioteknologi, jabatan pertanian, agensi alam sekitar, forensic dan pusat penyelidikan.Pekerjaan yang berpotensi termasuk:
Ditawarkan di:-
Politeknik Nilai

- Pembantu Teknikal
- Pembantu Makmal
- Penolong Penyelidik
- Penyelia Jaminan Kualiti
- Penyelia Kawalan Kualiti
- Wakil Jualan Peralatan Saintifik
- Juruteknik Makmal
- Eksekutif Perkhidmatan Pelanggan
Ditawarkan di:-
Politeknik Nilai