Pengenalan
Diploma Keusahawanan direka untuk menghasilkan pencipta kerja dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keusahawanan. Ia dibangunkan dengan pengalaman pendidikan bersepadu dalam bidang disiplin, bidang dan sub-bidang kemahiran keusahawanan seperti Asas Keusahawanan, Kepimpinan dalam Keusahawanan, Pembangunan Keusahawanan Digital dan Pengurusan Perniagaan untuk usahawan. Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam keseluruhan aspek perniagaan seperti Prinsip Perakaunan, Prinsip Ekonomi, Prinsip Pemasaran dan Undang-Undang Perniagaan.
Melalui program ini pelajar juga diajar kemahiran komunikasi dan pembangunan interpersonal untuk meningkatkan kecekapan mereka dalam komunikasi dan lain-lain aspek kemahiran insaniah. Program ini juga member penekanan kepada pelajar dengan pemahaman yang mendalam tentang asas perniagaan, aspek operasi keusahawanan dan bagaimana untuk memenuhi keperluan sebagai seorang usahawan yang berjaya.
Selain itu, pelajar juga diberi pendedahan untuk membangunkan perniagaan sendiri yang merangkumi langkah pemulaan, pembiayaan modal dan inkubator perniagaan. Oleh itu graduan Diploma Keusahawanan akan bersedia untuk menghadapi cabaran dan persaingan dalam dunia perniagaan.
Prospek Kerjaya
Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi pelajar program ini membolehkan mereka mengambil bahagian dalam pasaran kerja sebagai:
Ditawarkan di:-
Politeknik Metro Johor Bahru

- Usahawan
- Perunding
- Pelabur
- Penyelaras Bahan Binaan
- Jurulatih dalam pembangunan keusahawanan
- Pengurusan di perusahaan kecil dan sederhana serta syarikat multinasional
- Sektor swasta
Ditawarkan di:-
Politeknik Metro Johor Bahru