PENGENALAN
Program Sarjana Muda Sains Kepujian Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti merupakan program pengajian peringkat ijazah sarjana muda yang berbeza daripada institusi lain yang menawarkan program yang sama melalui elemen Work Based Learning (WBL). WBL membolehkan pelajar menimba kemahiran dan pengetahuan dengan optimum di dalam bidang pilihan selama 12 bulan di industri yang dipilih.Pelajar akan mengikuti sebahagian pembelajaran secara konvensional di kampus dan sebahagian lagi di industri. Ini memberikan pengalaman yang luas dan membuka ruang kepada pelajar untuk menempatkan diri mereka dalam bidang yang mereka minati. Pelajar juga berpeluang mewujudkan hubungan dengan majikan yang berpotensi pada masa hadapan dalam meningkatkan kebolehpasaran kerja.
Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan graduan berkemahiran softskills, pembangunan industri dan kemahiran metadologi penyelidikan bagi memenuhi keperluan industry pelbagai disiplin secara global, di samping memenuhi perjawatan di peringkat pengurusan dan professional.
Antara ciri-ciri program ini ialah:
� Berasaskan WBL di industry pelancongan dan hospitaliti yang diminati;
� Kemahiran insaniah yang diterapkan dalam semua kursus;
� Pendedahan elemen pengurusan di peringkat antarabangsa;
� Proses pembelajaran dan pengajarannya bersifat hands-on;
� Pembelajaran berasaskan aplikasi dan latihan.
Prospek Kerjaya:
Antara peluang kerjaya bagi graduan ialah jawatan pengurusan pertengahan, usahawan, inovator dan peranan profesional lain dalam industri pelancongan dan hospitaliti tempatan serta antarabangsa. Peluang-peluang kerjaya lain adalah seperti seperti di hotel, restoran, syarikat-syarikat penerbangan, ejen pelancongan, pengusaha pelancongan dan juga dalam organisasi kerajaan.
Ditawarkan di:
Politeknik Ibrahim Sultan (Politeknik Premier)