Pengenalan
Program Diploma Teknologi Media cetak dijalankan selama tiga tahun.Program ini member penekanan kepada kemahiran praktikal yang merangkumi teknologi percetakan terkini yang bersesuaian dengan industry percetakan di Malaysia.Program ini akan mendedahkan pelajar kepada pengalaman, cabaran serta merangsang mereka dalam membangunkan pelbagai kemahiran praktikal, pekerjaan, akademik dan sahsiah dalam disiplin berkaitan percetakan. Matlamat program adalah untuk menyediakan pelajar ke dunia pekerjaan di dalam bidang percetakan mahupun menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Graduan program ini akan dibekalkan dengan pengetahuan asas bidang rekabentuk, kemahiran dan sikap profesional. Program ini juga menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan, kemahiran serta amalan-amalan baik di dalam industry percetakan.Kerjasama berpasukan dan kemahiran interaksi yang berkesan akan diterapkan dalam budaya kerja untuk menyediakan pelajar ke dunia pekerjaan sebenar. Pelajar dapat menyelesaikan perkara berkaitan tugas secara kreatif kepada pelanggan dengan ilmu keusahawanan yang cekap.
Prospek Kerjaya
Diploma Teknologi Media Cetak menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang bersepadu di dalam bidang teknologi percetakan. Ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi boleh diaplikasi untuk pelbagai kerjaya dalam industry percetakan.Pelajar juga boleh memulakan perniagaan mereka sendiri dalam kerjaya-kerjaya berkaitan industri percetakan ini.
Ditawarkan di:-
Politeknik Muadzam Shah

- Prepress Technician (Preflight Technician)
- Prepress Quality Controller
- Assistant Desktop Publisher/ Editor
- Print Production Assistant or Supervisor
- Printing Scheduler
- Printing Operator/Assistant/Printer
- Prepress/Printing Entrepreneur
- Printing Estimator
Ditawarkan di:-
Politeknik Muadzam Shah