Pengenalan
DIPLOMA TEKNOLOGI MAKANAN dibangunkan untuk menghasilkan graduan yang memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi makanan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam industri makanan, sektor kerajaan dan menjadi usahawan yang berjaya. Struktur program memberi tumpuan kepada Pemprosesan Makanan, Sains Makanan, Kawalan Kualiti Makanan, Analisis Makanan, Mikrobiologi Makanan, Analisis makanan menggunakan Instrumen terkini dan kursus elektif.
Pemprosesan makanan terdiri daripada Teknologi Produk berasaskan Ternakan dan Teknologi Produk Tanaman. Bidang Teknologi Makanan juga merangkumi aspek penilaian makanan daripada segi kandungan mikroorganisma serta penghasilan produk makanan menggunakan mikroorganisma yang banyak diaplikasikan dalam industri.
Kursus lain termasuklah kajian tentang kandungan:-
1) Kimia dalam Makanan 7) Pembungkusan Makanan
2) Biokimia Makanan, 8) Pengawetan Makanan
3) Asas Statistik untuk Sains Makanan, 9) Teknologi Lepas Tua
4) Keselamatan Makanan, Analisis Kualiti Makanan 10) Analisa Penilaian Deria Makanan
5) Asas Kejuruteraan Makanan 11) Teknologi Lemak dan Minyak
6) Pemakanan dan KesihatanTeknologi 12) Bakeri dan Projek Inovasi Produk Makanan Baharu.
Bahasa Inggeris untuk Komunikasi, Matematik Kejuruteraan dan Pengajian Malaysia juga turut diajar dalam program ini.
Prospek Kerjaya
Para graduan boleh mendapat pekerjaan dalam pelbagai sektor pekerjaan seperti institusi pendidikan, industri makanan, syarikat bioteknologi, pusat penyelidikan, sektor kerajaan seperti Jabatan Kesihatan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Pertanian, MARDI, FAMA, MPOB, SIRIM, Jabatan Sumber Manusia dan sektor swasta seperti industri makanan, makanan segera, industri kimia dan industri pembungkusan. Pekerjaan yang berpotensi termasuk:
Ditawarkan di:-
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail

- Penolong pengurus
- Pembantu Mikrobiologi
- Penolong Jurutera
- Penolong Penganalisis Makanan
- Penolong Inspektor Makanan
- Penolong Pegawai Pemakanan dan Kesihatan
- Juruteknik Makmal
- Eksekutif Pengeluaran
- Juruteknik Pengisaran (Miller)
- Penolong Eksekutif Kawalan Mutu Makanan
- Penyelia
- Eksekutif Pemasaran
- Penolong Pegawai Penyelidik
- Penolong Pegawai Teknologi Makanan
- Penyelia Jaminan Kualiti Makanan
- Eksekutif Pembelian
- Usahawan
Ditawarkan di:-
Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail