Pengenalan
Diploma Kejuruteraan Elektrik merangkumi disiplin kejuruteraan elektrik dengan penekanan dalam bidang penjanaan kuasa dan penghantaran. Program ini direkabentuk dengan ilmu-ilmu elektrik dan elektronik yang merangkumi prinsip-prinsip elektrik dan elektronik, komputer asas dan pengaturcaraan, peranti semikonduktor, pemasangan pendawaian, sistem kuasa dan reka bentuk komputer yang menyediakan fleksibiliti untuk graduat. Menjelang akhir program, graduat dilengkapi dengan kursus pengkhususan yang merangkumi Sistem Perlindungan Kuasa, AC dan DC Kawalan Motor, Kuasa Elektronik dan Penyelenggaraan Elektrik. Selain dari pengetahuan teknikal dan kemahiran, program ini juga memberi penekanan kepada pembangunan potensi individu pelajar secara bersepadu dan holistik melalui kursus-kursus pengajian Islam, kajian moral, ko-kurikulum, kemahiran insaniah dan keusahawanan.
Prospek Kerjaya:
Di Sektor Awam, pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya dan lain jabatan yang berkaitan dengan pembinaan dan bangunan. Disektor swasta pula jawatan ini terdapat di Tenaga Nasional Bhd, Syarikat Telekom (M) Bhd., di kilang-kilang terutama sekali disektor pembuatan, telekomunikasi, kilang, loji dan lain-lain . Mereka boleh menjadi juruperunding bertauliah dan menjadi usahawan sendiri.
Pekerjaan Yang Dikelas Dibidang Ini Diantaranya:
Industri Perfileman
Ditawarkan di:-
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah
Politeknik Kota Bharu
Politeknik Port Dickson
Politeknik Merlimau
Politeknik Sultan Azlan Shah
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Politeknik Mersing

- Juruteknik Voltan Tinggi
- Juruteknik Kuasa
- Juruteknik Penghantaran Kuasa Elektrik
- Juruteknik Penganggar
Industri Perfileman
- Pencahayaan
Ditawarkan di:-
Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah
Politeknik Kota Bharu
Politeknik Port Dickson
Politeknik Merlimau
Politeknik Sultan Azlan Shah
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
Politeknik Mersing
PENCAPAIAN PELAJAR POLITEKNIK
Produk inovasi tiga pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, projek Tiga Soket Wifi dipilih produk terbaik bersempena Karnival Inovasi, Kerjaya dan Keusahawan (ICE Carnival) Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang baru-baru ini.
|
Johan secara keseluruhan bagi kategori diploma untuk projek akhir semester iaitu Smart Home Security System di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS).
|